ketawa nasihat di hari raya haji

Salam.
Baru 3 tahun hidup sendiri kat kl lumpo ni.. Dah 2kali tak balik raya haji. Eh sekali je kau balik? Ah aku punya alasan sendiri. Ok ok meh layan hope sume ceria. Dahulukan dengan ucapan maaf kepada semua.

Penjimatan kos.
Dalam 1 mesyuarat di sebuah opis.

Bos: Oleh kerana masalah kegawatan ekonomi, saya memanggil anda semua untuk membincangkan bagaimana untuk mengurangkan kos syarikat ini. Ada sebarang cadangan? (ayat standard bos minta pendapat, terutama bila dia memang tak tau apa lagi nak buat. Kalau nasib tak baik, dia langsung tak fikir terus tanya je. hehe)

Staf: Bos! (sambil angkat tangan dengan pantas) Apa kata potong gaji bos?

Berani? Haha lu pikir la sendiri.


Mak dengan anak standard la anak mengadu or gaya nak cerita macam excited tapi apa rasa bila mak bapak tanak layan or ketawakan anak? respect ni tak kira usia. Anak kecil pun tau malu di tegur apa lagi kena gelak. Mak bapak orang paling di percayai. Cuba bagi galakan dan sokongan, bertukar idea. Ini tidak, dari kecil dah panggil anak bodoh la apa, memang makbul la kata-kata ibu bapa tu kan doa....

Markah100%.
"Mama, adik dapat markah 100% kat sekolah hari ni" kata si anak.
"Iye? macam ni la anak mama.. Pintar, belajar sungguh-sungguh tau.. Emm pelajaran apa yang kamu dapat markah 100% tu?" tanya si ibu.
"Matematik 30%, Bahasa Melayu 50%, Sains 20%."
=,=

Apa pun, gaya si ibu memuji & bagi galakan tu yang penting.

Ahh sejak nak kawen, macam-macam ada. counting : 5 DAYS left.

Comments