misi kurus - 5 'slimming food'.

Salam..

Oleh kerana terasa 'down' dan melatah melihat weight scale tu meningkat, maka terasa nak tulis mengenai info kesihatan & slimming. Di tekan di sini semua berdasarkan pembacaan & sebagai panduan untuk diri sendiri dalam menjalani hidup sihat. Hidup kita berfasa, ada masa sihat ada masa tidak. Lebih baik mencegah & usaha baiki untuk kebaikan jugak, kan... Ada masa cantik, anugerah Tuhan hanya pinjaman. Sedar la ye? Ehh, kaitan?!

1) Buahan melon. Erk? tetek. Tidak lah. melon apa tu? Jenis tembikai tak kira la tembikai merah ke kuning ke or tembikai susu *fav dan lain-lain tembikai. Cuaca panas enaknya la tembikai ni kan? Kaya serat, kandungan air yang tinggi *yang gemuk air, nasihat jangan over k. Tak sesuai.. Ok, bole bantu kulit segar & lebih lembap.

2) Oren. Ye, semua sedia tahu buah oren tinggi kandungan vitamin C & flavanaid - membantu pembakaran lemak. Segelas jus oren segar tanpa gula untuk permulaan hari. Bole juga tambah hirisan oren dalam salad. Nah, mudah dan berkhasiat!

3) Pir. Huarghh buah mahal fav nihh. sangat suka. Fuhh lama tak makan. Ia juga kaya serat & kandungan air. Serat untuk rasa kenyang lebih lama. Makan ini hari-hari. :)

4) Buahan beri. Tadi melon, sekarang beri lak. Jenis beri - Blueberry, Raspberi, Strawberi. Tinggi antioksidan & vitamin C. Bole cepatkan penurunan berat juga mencegah penuaan awal & baik untuk masalah kulit. Wahh 2in1. Badan cantik, kulit berseri.

5) Yogurt. Snek ringan ketika berdiet. Rendah kalori dan tinggi nutrisi, kalsium - baik untuk tulang. Juga baik untuk penghadaman!

Ada lagi banyak. Tapi cukup la ini kan? Penting untuk lebihkan sayuran. Paling baik untuk diet - timun, kubis, lobak merah & brokoli. Masing-masing punya khasiat tersendiri. Kalau suka, masuk kismis, badam dalam hidangan. Yang penting makan mesti seimbang.



DIET = DISIPLIN

Comments