resepi - Makaroni Tuna

Salam si cantik suka memasak. hihi

Sudah terlalu lama tidak memasak. Kawan-kawan ada bertanya & ada yang minta untuk datang makan-makan. Eh ehh jemput diri sendiri pulak. Hehe

InsyaAllah, ingin nak ajak semua makan di rumah lepas kawen nanti. Seronok lah ! Yeyy cant wait.

Ok resepi kali ni fav lovey. Dia suka cheese, keju, cheese, krim, susu dan susu lagi. Nenen?! Apekah? Haha ok gurau over. =,=

Bahan-bahan: Estimate untuk 4 pax.
300g pasta - makaroni
2 sudu mentega - untuk tumis je..
2 ulas bawang putih - dihiris
2 biji bawang besar - potong dadu
2 helai daun bay
3 sudu makan tepung jagung - larut dalam sedikit air
500ml stok ikan bilis
500ml susu rendah lemak *diet! haha
150g isi tuna

Cara-cara:
1) Rebus pasta & toskan.
2) Panaskan periuk, masukkan mentega. Tumis bawang besar, bawang putih & daun bay - hingga naik bau.
3) Masukkan stok ikan bilis, biar mendidih. Diikuti susu rendah lemak. Kacau sebati.
4) Bila dah sebati, masuk tepung yang dah di larut dalam sedikit air tu & masak sehingga pekat.
5) Masukkan isi tuna. Kacau sebati. Fuhh ready.

Bole la makan. Hehe simple. Sedap & berkrim. Dulu buat main belasah je. Daun bay tu selalu abaikan. Erm tapi kalau ada letak la sebab ia herba. Lancarkan sistem pencernaan, selesema, ubati luka terbakar, jerawat & bisul. Ini 1 hidangan dalam 250kcal.

*Minggu ni entri tanpa gambar je. Sehingga bb tak over limit dah. hihi

Comments