Genting @ 2 months

Assalamualaikum..

Tetiba nak update blog. Today is 23 Aug. My lil daughter turns 2. Hahh? Ehh 2 months lah. :P


Since lepas raya da balik kl and aku tak keje, ikut hubby keje kat Genting. Seminggu. Boring2 kami pun jalan2 tengok tempat baru.

First, Bee and Insects Farm.

Apa ko nak.. ade lebah dan serangga le. Madu. Macam2 jenis madu. Dari pure, ginger, lime, apple vinegar, ginseng.. tongkat ali bla3. Bole test. Beli laaaagi bole. Harga botol kecik rm40++ dan botol besar start from rm60. Emm biasa jek la. Haha

Kecik je tempatnya.. mula2 ingatkan cafe ke apa.. sejujurnya kami tak masuk pun tengok lebah dan serangga itu. Kena bayar. Sila rujuk gambar. Heheh. Takyah aku bebel bape rm macam kat IG. *sape suruh, kan?


Ok ini entrance.


Lepak2 kejap kitorang naik atas. 21hb aritu ade bas jatuh gaung. Tragedi terburuk katanya. Last update yang aku tau 37 terkorban, 12 orang je selamat. Harap2 tak berulang lagi kejadian camni. Fuhh takut. Semoga Allah pelihara suamiku.. tiap2 bulan keje sini oii.. pic ni aku amik dari kawasan tokong.


Tiba2.......



Haha anak bertuah berak.

Ok da settle, gerak turun kami singgah mini cameron. Tempat baru jugak. Cameron je biasa la ade strawberi. Sayur organik. Cactus. Cendawan dll. Kedai makan western belah hujung melambai2 tapi tak bukak pulak time tu.

Landmark.


Entrance. Bunga2 seri pagi sambut kedatangan korang! 
Bahagian dalam pun kedai2 sepi je. Tak aktif lagi kot?
Sini pun ade lebah dan madu. Huhh takyah bayar. Free.
Kebun sayur organik. Murah gak..

 



Cactus.


Cendawan.



Sekian laporan dari saya.

Laparr. Grr terus balik hostel area Hotel Seri Malaysia. Masak. *Area sini ada Strawberi Farm. Penah pegi tapi tak amik gambar. Lain kali cerita jika berkesempatan ok. ;)

Comments