Sebenarnya taktau nak letak tajuk apa.. sebab bukan ada isi sangat kot? *macam la selama ni entri aku banyak nau info* Lebih pada luahan rasa je. Huhu.. ko dah kenapa, tak period pun main2 dengan perasaan nihh?
2Sept - isnin. Aku ada interbiu kkm. Alaa kerani je.. takyah jeles. Haha emm punya la sungguh2 aku membaca dan spot soklan. Err maksud aku.. aku reka2 soklan kebarangkalian tahap tinggi apa yang akan di tanya.. pastu hafal jawapan. Ehh siap paham kot, sampai sekarang aku ingat sume..
Tapi...... entah la, kenapa.. anak aku meragam sepanjang malam sebelum tu. Kejap2 nanges pastu sampai taktau nak pujuk camne. Jap lagi letih dia tido jap pastu gelak2 main2 pastu merengek lak. Ishh seminggu ni memang dia ada berjaga malam, tapi kritikal sungguh cuma hari tu.
Husband stanby, balik pukul 3 pagi.. terus take over dodoi anak. Interbiu pukul 8.30pagi dekat shah alam. Nak itu ini aku patut bersiap pukul 6pagi. Dugaan, pukul 5 camtu anak baru lena. Aku pun terlelap sama. Jam kami masing2 berbunyi, husband biasanya peka.. tapi kali ni berkali2 aku cuit dia langsung tak terjaga!
Hati aku.. mula la, bukan marah.. tapi beralah. Biar la dia tido.. *anak aku bukan tak ajar minum susu dalam botol, tapi jarang dah aku bagi sejak bawak balik kl* Aku risau.. dengan tak cukup tido tu camne husband nak drive pastu nak handle anak sorang2 sementara aku interbiu??
Dalam berfikir2 tu.. aku terus lelap. Letih. Mengantuk. Syukur husband aku tak marah. Dia kata, takpe la.. tunggu anak besar sikit. *ada orang cakap aku tolak rezeki, tapi aku yakin Allah sedang menguji. InsyaAllah ada rezeki lain untuk kami..
Tu kali kedua aku tak pegi interbiu kkm tu. Ya Allah, betapa aku inginkan ia. Dulu tak pegi pasal baru je dapat keje so tak bole cuti. Semalam, malam2 ex bos whatapps offer nak fwdkan resume aku ke kawan dia. Entah. Akan aku usahakan. Semangat, datang le.. *Keje area klcc. Private.
Moga Allah mudahkan jalan dan murahkan rezeki kita semua.. insyaAllah.
Comments
Post a Comment
Nanti Anna reply tau