Birthday, Babymoon dan Short Vacay

Salam

Kann.. 3 dalam 1.

So, 3 April ialah birthday encik kudin. Maka.. aku pun kering duit dan idea so decide nak pegi Gold Coast Morib tu. 2 weeks earlier je aku book thru web dia.. dah settle bayar harus la aku yang berjimat ni amik birthday pakej..

Studio Suite RM 268. Lagi berbaloi-baloi sebab weekend! Normal pakej untuk weekend RM 290 tauuu :)


So, untuk kami bertiga memang takde extra charges. Anak dara belum 2tahun, everything is free. Err baby dalam perut pun free of charges. Hahah

Kalau tak free pun waterpark fee murah je.. belakang hotel tu ada pantai.. nak access ke pantai dari situ pun bole.. macam kami anak beranak, sesampai je terus check in dalam pukul 11pagi.. dah tu lepak dulu.. anak berendam dalam jakuzzi.. 




As long as she is happy!

Lepas tu taknak keluar dari air. Grr! Cancel nak letak kat umah sendiri. Hahahh then lapar teruk. So, pegi la keluar dari area hotel.. ada banyakkkkkk kedai makan.. seafood bagai.. tapi kami decide nak lepak kat area food court, situ ada dataran dan padang tepian pantai.. bayangkan angin laut... santai-santai jom!


Aktiviti mak yang memboyot ni harus la duduk je. Rasa aiskrim pasu yang tengah havoc sangat meletop-letop sekarang. Ermm biase, rasa ais krim. Wuu


Tu ayah dia melayan anak dara main kete. Owh dont worry.. budak besar bole control sendiri.. mek ni ayah dia pegang remote hehehh annoy tau mak panggil taknak pandang.. huhh

Ada je coconut shake bla3 situ.. ok je banyak pilihan. So nak makan takde masalah melainkan tekak kau mengada-ngada, masak sebelum datang hihii

Dah penat lepak main belon buih bagai, moh le terjah waterpark! Malam nanti buffet dinner okehhh


Main-main ni tak bawak phone. Maka kenagan dalam memori aje. Yang pasti anak dara fanatik air haruslah taknak balik.. hahahh naik atas lepas waterpark bagi dia berjakuzzi lagi pastu dinner. Sedap masakan kat situ. Pilihan makanan pun ok je..

Yang penting kek besday free tu sedap sangat!


 Luthfia menunggang hadiah besday dari Gold Coast Resort



Esoknya breakfast then rileks kejap, dalam 11.30pagi terus check out balik.. 

Happy 30th birthday dear hubby/ayah/abi Ku Mohd Noor Hishamuddin -Thank you for everything. U're the best father & husband ever!

Dear Baby,
Semoga sihat dan selamat.. kami menanti kelahiranmu, Semoga menambah bahagia dan harapan ibu ayah, kamu dan kakak selalu di berkati dan selalu menjadi anak yang baik dan solehah agar kekal kita sekeluarga sampai ke syurga..

Comments