Melahirkan Ku Aimi Zahra

Hurm.. baru nak mula dah rasa berdenyut. Hihi

Hari ni genap seminggu  3 minggu berpantang. Dah 2 minggu peram ni.. sori masih belajar nak hadam ada anak 2. Kih3 lagi pulak balik kampung hari ke 5, sibuk nak urus hal Aqiqah anak.. then berurut etc. Kali ni mak minta urutan seminggu ye. Heheh lepas pantang cadangnya nak urut 3 hari lagi.. lega hilang lenguh segala.

*lap peluh*

Panas sangat3 kat kampung ye. Even hujan jugak kadang-kadang tapi bahang tuuu. Adoi. Rindu aircond opis. Haha ok la.. nak jadi cerita, Hari Khamis tu husband last day stanby.. biasa la pagi-pagi dia hantar.. so kiss mwahh2 salam bagai, tiba-tiba dia usap perut cakap, adik baby keluar la esok.. esok hari jumaat. Aku tak mengiyakan tapi tak pulak sentap menghalang dia.. rasanya masa tu aku happy gigit ais dari milo ais yang aku tapau masa drop Luthfia kat nurseri dia tu.

Takde fikir pape, aku buat je keje macam biasa. Masa ni marah sebab patut minggu ni la kena handover ajar budak yang bakal take over keje tapi 2nd bos sibuk suruh filing. Kemas barang fail kat stor semua. Semua dia kerah so petang tu semua takde naik stor. Aku je la tinggal kat dept kemas barang keje kat meja aku tu. Biasa je.. aku settle mana yang bole.. dalam pukul 5 kot.. ada drama sket kat opis, lepas tu malas nak semak otak sangat.. aku balik. Husband datang awal, so balik je dengan tenang..

Tengah malam entah pukul berapa rasa perut mula kejap-kejap keras.. rasa macam period pain.. ada jugak rasa macam tanda nak berak cirit tu. Aku tahan je.. nak bangun malas.. dia berulang-ulang sampai aku tido macam nak tertonggeng yep.. janji tak payah bangun pegi berak. Ish tak senonoh!

Dalam tahan tu.. baru terfikir.. eh, dah nak beranak ke? Macam separa sedar tido-tido ayam je.. terfikir macam-macam terus bangun laju-laju! Panic attack! Aik, tanda apa pun takde.. biar betul. Betul ke tipu-tipu ni? Masa tu dah kol 6 lebih dah.. g toilet.. tgk ada lendir ngan darah.. hahah tah bila keluar.. patut le sakit dah..

Hurm, aku mandi.. pastu gerak husband. Aku suh cepat-cepat sebab orang kata baby no 2 cepat sebab dah ada jalan. Aku takut bila fikir nak kena hantar Luthfia pegi nurseri, nak bagitau mak ayah dari Kedah.. kang sape nak tengok anak dara sulung tu?? Hurm.. but my husband being him, dia cakap *nanti la, orang pun nak mandi jugak..* Dang!! Kalau pecah ketuban dah time tu, mungkin aku yang drive kete sendiri pegi hospital.

*panjang sangat kot? Kita jumpa next entri la ok!

Comments