Beli perabot murah dari China dengan mudah

Heyy biar betul Anna ni? Ye, Anna takkan cakap kalau Anna tak buat. Anna dah cuba, Anna puas hati !

Berbaloi sangat kalau jenis suka cari jalan nak berjimat walaupun ada duit. Nilai RM 50, korang suka dapat beli 10 barang atau dapat beli 5 barang yang sama je kualiti?

Sebenarnya, terpulang. Anna beli jugak perabot dari SSF dengan Ikea. Mana kenan, bajet ok. Amik jelah. Saje nak bagitau korang je. Nanti nak beli perabot raya, perabot korang dah bertahun tak tukar ke boleh la cuba.

Install apps EzBuy. Okeh Anna guna third party apps ni for first time user. Sebab? Beli dari China, jauh kan? Risiko dapat di minimumkan sebab order handle by EzBuy team. Nak komplen ke apa boleh la, diorang ada support team.
Pastikan korang dah tau nak beli apa. Pastikan jugak, korang search Prime list.
Klik bawah tu untuk barang khas untuk Prime member. Ni untuk jimatkan masa memilih barang. Kalau rasa nak beli sekali ni je, test dulu. 5hari RM 8.80.
Lepas tu, join Prime dah kan. Apa Prime member ni dapat? Ehh Anna ni. Ok baca bawah ni tau.
Shipping RM 8.80 je untuk semua barang. So, place je order sekaligus. Best kan? Kalau tak, harga shipping lagi mahal kot dari barang. Hihi ok lepas place order, bayar semua boleh tracking order. Kalau barang tak sampai macam ETA yang di tulis, check kat Order History.

Okeh. Anna cakap Anna dah cuba kan. Tadaa ada beza tak, SSF dengan sofa China?
Nampak macam set tak
Yang ni China.

Sofa single tu dari SSF beli masa birthday, diskaun 50% dari harga asal. Dapat RM 300. Birthday Anna Dec so banyak year end sale. Rasa tak la best sangat HAHA sebab harga sale RM 450. Ada barang yang harga sale lagi murah dari diskaun birthday member.

Dari China, two seater RM 350. Anna cat kaki dia jadi hitam untuk matching dengan yang single tu.

Lepas tu Anna beli katil sekali. Jimat shipping. Anna amik option anta ke rumah. Ada tambahan RM 30 untuk 2 item ni, poslaju hantar sampai dalam rumah. Kalau korang nak jimat, pegi pick up sendiri je. Ada opis tempat pick up tu nanti dia bagi detail.
Yang bestnya katil ni ada drawer/ storage box. Sukaaa! Jimat space bilik cinonet. Harga? Macam katil single, tapi dapat Queen (150cm x 200 cm)

Ni masa barang sampai, bebudak excited.
Sofa
Katil. Kotak macam Ikea. Mudah.
Pasang sendiri sorang dengan adik.

Pesanan Anna, check dulu semua description barang. Macam shopping Lazada, Shopee jugak lah. Nanti takut dapat lain dari yang kita nak pulak. Katil atau sofa untuk doll house. Perghh. Jangan gelojoh buat pilihan ok.

Update: Masa delivery bergantung, lebih kurang sebulan untuk bulk item. Kalau yang kecik maybe boleh lagi awal. Sabar dan jimatkan 1/3 kos perabot. Have fun buying !

Comments