Tips dan trick Pulau Weh, Sabang dan Acheh

Ni facebook post Anna ni. Anna share jugaklah dekat sini. Kot-kot korang rasa nak travel tempat rileks je, dan mesra bajet.

1) Kalau bukan hantu snorkeling, cukup 1.5 hari dekat Pulau Weh-Sabang - 1.5hari sempat snorkeling 3jam.

2) Pulau Weh-Sabang & Banda Acheh busy on weekend. Sila datang weekdays supaya tak menunggu nak tangkap gambar, masuk museum semua, nak snorkeling atau diving pun lengang sikit

3) Sampai je Acheh, plan trip ke pulau dulu lepas tu baru pegi sekitar Banda Acheh. Masa itu emas gaiss.

4) Kalau cuti banyak, pegi Acheh balik dari Medan 😎 Sekali jalan. Gittew

5) Bawak anak memang takde masalah, tak lasak aktiviti tu macam Yogja. Sebenarnye trip Anna kali ni leha-leha je. Lepakkk, rileks.

6) Prepare banyak duit kecik untuk sumbangan pada tempat lawatan (untuk masjid etc)

7) Masjid banyakkkk. Kedai mana pun mesti ada toilet dengan surau/ tempat solat.

8 ) Makanan HALAL bersepah. Boleh kata 99% Islam. Tempat paling mudah bawak mak ayah.

9) Malam hidup ui. Kedai makan, kedai kopi banyak juga bukak sampai 12mlm. Kedai phone pun bukak lagi time ni.

10) Makan mesti cuba - Mee Razali, mee Acheh, Sate Matang, Soto Ayam, Ikan Bakar, Lobster, Kuih Acheh - Rosales etc. 🙊

11) Contact je Syah (FB: Banda Aceh Tour) tau la dia nak uruskan itinerari. Nak Supir, Kereta, Parkir, Minyak, Entrance Fee bla3 cakap je. Ngorat je, dia rela. Tak serabut kepala beriya fikir semua. (Kalau ada tempat nak pegi, bagitau dia)

12) Hotel Anna tak review la sebab cari 2weeks sebelum. HAHA based on Syah punya rekemen jugak. Anna duduk hotel dekat Banda Aceh yang dekat dengan Mee Razali, Chalet depan laut di Iboih.

13) Kalau nak trip penuh aktiviti shopping, rasanya Acheh bukan tempatnya. Jimat duit Anna, taktau nak beli apa 😅

14) Acheh tempat paling naisssss. Sori Yogja. Ai terpaksa nombor duakan yu.

.

Ini berdasarkan pengalaman Anna. Mungkin tak sama bila awak pegi minggu depan atau tahun depan.

Rindu, rasa selamat. Aman dan tenang je sana. Cantik pulak tu. Nanti Anna share lagi okeh.


Comments